Friday, 10 May 2013

Resepi Kek Batik Biskut Marie

Assalamualaikum . kali ni aku buat siap siap gambar keseluruhan nya untuk every step to make kek batik biskut marie as known as kek budak malas . ahaha . main campak campak je terus siap . tak percaya ? jom aku tunjukkan . di sini aku nak share dengan korang macam mana cara nak buat kek yang paling simple dan sesimple simple nye . lets check it :)

Bahan bahan (sediakan 1 dulang / bekas)

1 pek biskut marie (dipatah patah kepada 4 bahagian / 2 bahagian mengikut citarasa masing masing )
1 pek butter (dipotong hanya 1/2 akan digunakan)
7 sudu besar milo (mengikut kuantiti masing masing , lagi banyak milo lagi sedap :)
5 sudu besar serbuk koko (serbuk koko tak boleh banyak banyak nanti pahit pulak rase)
1 sudu esen vanilla
1/2 tin susu krimer sejat F&N
1/2 cawan air
4 biji telur

Cara cara (Step By Step)


patahkan biskut marie menjadi dua kepingan atau empat kepingan .


Campurkan milo , serbuk koko , esen vanilla , susu krimer sejat , air dan telur di dalam periuk / bekas kecuali butter .


kacau bahan bahan yang dicampurkan tadi sehingga sekata / sebati dan panaskan dengan api yang perlahan .


masukkan butter kedalam periuk dan kacau sehingga adunan menjadi pekat . kemudian tutup api . 



setelah campuran tadi menjadi pekat , masukkan biskut marie dan gaulkan nya sehingga sekata . (jangan sampai biskut bertukar menjadi lembik)


tuangkan campuran yang siap digaul tadi kedalam bekas / loyang  dan mampat kan nya . biarkan seketika sebelum diletakkan kedalam peti sejuk . *untuk elakkan wap . sejukkan dalam peti sejuk selama 4 jam .


taraaa ! kek batik biskut marie siap untuk dihidangkan .

nota kaki :
#telur boleh ditukar kan dengan tepung . aku tak suka letak tepung :D
#kalau nak guna loyang , digalakkan lapiskan dengan plastik supaya kek mudah dikeluarkan .

SELAMAT MENCUBA :)

5 comments:

  1. Hmm, awak minat kek batik? Kite tak suka =.= sebab biskut kut

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehe minat sebab suka coklat :D
      satu nikmat tau dapat masak bende tuu sendiri .
      kalau tak suke biskut , bley je awak tukar ngn bnde laen ;)

      Delete
  2. wahh..terima kasih untuk share resepi kek batik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. okey , same same :)
      ada mase jenguk jenguk laa slalu >.<

      Delete
  3. sedapnya!!! :O
    dah lama sangat tak buat.. tapi saya tak tarok telur.. pun boleh kan kalau nak tambah pape bagi lagi sedap. thanks! :)

    ReplyDelete