Wednesday, 1 May 2013

matang dalam soal bercinta . How ?


Assalamualaikum . salam sejahtera . ehehe nak kongsi kat entry aku sikit . kau kau yang ada tersinggah di blog aku , dialu alu kan skodeng mane yang patut untuk dijadikan tatapan . harap berhasil laa perubahan dari ape yang aku nak ulaskan lebih detail . pertama kali nya , pembuka kata yang terkandung . 

umur bukan penentu kematangan . usaha dan cara kau berfikir yang boleh menentukan yang kau tuu matang ke tak , sama ade dengan cara kau usaha nak membangkitkan kematangan kau mempertingkatkan kualiti kematangan kau . walaupun umur kau baru menjengah lingkungan 15 tahun dan sekutu sekutunya , kau termasuklah aku sepatutnya dah mula merancang bagi nak mempertingkatkan lagi kematangan dalam kau mau pun dalam alam bercinta .

 tapi untuk pandangan aku lebih banyak kaum belia sekarang lebih suka kalau di sentuh isu isu berkenaan cinta . haahh *first impression . bagaimanakah untuk menjadi seseorang yang matang dalam bercinta ? banyak aku baca dari blog blog yang menerima emel daripada pembaca pembaca mereka meminta tips berkenaan macam mana cara terbaek lahh dikatakan nak menjadi seorang yang matang dalam bercinta . oleh itu entry aku kali ni , aku nak share sebanyak yang mungkin untuk bahan bacaan korang . *read more :)

6 tips menjadi matang dalam bercinta

#6 bergaul dengan golongan yang jauh lebih dewasa
kau tak akan matang sekiranya hanya nak berkawan dengan kawan yang sebaya dengan kau . keluarlah dari kepompong dan bergaullah dengan orang sekeliling yang berbeza level umur dengan kau . just ambil teladan yang baik daripada persahabatan kau dan tidak sombong untuk dengar pendapat dari orang lain .

#5 merubah gaya berSMS
elakkan dari bertanya soalan soalan menjemukan seperti "awak sudah makan ? , makan ape ?" atau aju soalan yang lagi ekstrem "ape name anak sulung perempuan kita nanti ?" . ahaha . *kemain cepat .

kalau bercinta monyet time sekolah dahulu bolehlah , waktu itu kau nak eja nama makwe/pakwe kau pun belum tentu tereja punye . inikan pula kau nak memahami maksud dan nilai *CINTA . haram jadah kau tak tahu , reti sebut I love You Sayang/Hubby/Baby bagai laa . tapi istilah disebalik ayat tuu kau sendiri tak boleh nak tafsir . ape cerr . tapi lain laa budak zaman sekarang makin kedepan , semua cinta taraf high class you ! zaman dulu dulu takde laa sampai tahap sekarang . ahahaii jaoh panggang daripada bara .

#4 belajar daripada pengalaman
orang orang tua dulu pernah kata "pengalaman mematang dan mendewasakan kita" . ya , agree sesangat ! setiap orang sah sah pernah mengalami pengalaman hidup even berbeza . tapi cuba perbaiki diri kau yang dulu nya seorang yang terlalu mesra alam tak tentu hala , buat ikut suka hati , turutkan nafsu yang haram kejadah kau seludup masuk ke dalam hidop kau etc , dan kau berubah untuk menjadi sang pencinta yang terbaik .

#3 elakkan daripada bercinta 24 jam ! *terasa aku
yeahh ! bukan kau seorang saja yang dilamun cinta , dan jangan disebabkan cinta , tanggungjawab kau sendiri diabaikan . kau bukan lagi diperingkat sekolah rendah . *ingat yana ! . tanggungjawab meningkat selaras dengan peningkatan usia . kalau dulunya , time kau ke universiti nak belajar tanpa nak fikir soal kerja dan duit . but how , kau juga untuk diri aku , yang sudah menginjak ke alam dewasa . banyak tanggungjawab terbeban di atas bahu kau . sesekali nak ambil mase untuk berSMS dengan sidia time lunch time time free ke tak salah cuma bukan 24 jam berSMS .

#2 tahu yang mana serius dan yang mana gurauan
mungkin sering terbawa bawa dengan perangai dan sikap semasa kecil , nak sentiasa inginkan gelak bergembira sampai laa ke dalam alam bercinta . yes , tidak dinafikan semua orang nak kan keceriaan gelak tawa dalam perhubungan tetapi sebelum tuu kau perlu jaga batas batas die . kau patut tahu yang ada masanya untuk kau bergembira dan ada juga masa untuk kau menjadi lebih serius dalam bercinta .

#1 ubah penampilan diri . *cuba dan jangan terlalu memaksa
kalau dahulu , kau mungkin tak mengendahkan cara penampilan kau setiap kali kau keluar bersama terutamanya lelaki laa . dengan pakai tshirt round-neck yang bergambar hantu jembalang ditambah dengan jeans yang berkoyak rabak bahagian lutut nya . oh damn , kau memang nampak tersangat lah selekeh di mata orang ramai terutama sekali depan pasangan kau sendiri . ahaha terima je laa .

boleh disimpulkan sebagai *maturity is a matter of time . tak perlu terlalu memaksa malahan nak mendesak untuk menjadi dewasa , insyaallah ia akan datang sendiri daripada pembelajaran dan juga pengalaman hidup yang kau alami sendiri .

sekian . terima kasih . assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment