Wednesday, 22 May 2013

Kisah Hati

 
 
 
aku tak nak indah sekarang , tapi kucar kacir dipertengahan jalan
yang manis bertukar pahit masa akan datang 
belum tahu cinta kau terhadap aku bertahan sampai bila 
mungkin sampai esok , dan lusa , tulat kau akan pergi tinggalkan aku 
aku cukup takut dan aku tak nak hadapinya 
hakikatnya ,
sayang tak semestinya bersama 
kalau sayang harus tinggalkan
titik .

Friday, 10 May 2013

Resepi Kek Batik Biskut Marie

Assalamualaikum . kali ni aku buat siap siap gambar keseluruhan nya untuk every step to make kek batik biskut marie as known as kek budak malas . ahaha . main campak campak je terus siap . tak percaya ? jom aku tunjukkan . di sini aku nak share dengan korang macam mana cara nak buat kek yang paling simple dan sesimple simple nye . lets check it :)

Bahan bahan (sediakan 1 dulang / bekas)

1 pek biskut marie (dipatah patah kepada 4 bahagian / 2 bahagian mengikut citarasa masing masing )
1 pek butter (dipotong hanya 1/2 akan digunakan)
7 sudu besar milo (mengikut kuantiti masing masing , lagi banyak milo lagi sedap :)
5 sudu besar serbuk koko (serbuk koko tak boleh banyak banyak nanti pahit pulak rase)
1 sudu esen vanilla
1/2 tin susu krimer sejat F&N
1/2 cawan air
4 biji telur

Cara cara (Step By Step)


patahkan biskut marie menjadi dua kepingan atau empat kepingan .


Campurkan milo , serbuk koko , esen vanilla , susu krimer sejat , air dan telur di dalam periuk / bekas kecuali butter .


kacau bahan bahan yang dicampurkan tadi sehingga sekata / sebati dan panaskan dengan api yang perlahan .


masukkan butter kedalam periuk dan kacau sehingga adunan menjadi pekat . kemudian tutup api . 



setelah campuran tadi menjadi pekat , masukkan biskut marie dan gaulkan nya sehingga sekata . (jangan sampai biskut bertukar menjadi lembik)


tuangkan campuran yang siap digaul tadi kedalam bekas / loyang  dan mampat kan nya . biarkan seketika sebelum diletakkan kedalam peti sejuk . *untuk elakkan wap . sejukkan dalam peti sejuk selama 4 jam .


taraaa ! kek batik biskut marie siap untuk dihidangkan .

nota kaki :
#telur boleh ditukar kan dengan tepung . aku tak suka letak tepung :D
#kalau nak guna loyang , digalakkan lapiskan dengan plastik supaya kek mudah dikeluarkan .

SELAMAT MENCUBA :)

Thursday, 9 May 2013

Mencuba















cinta aku tak terkata
rindu aku tak terucap
sayang aku tak terhenti
terluka aku tak terkeluh
tertawa aku tak terasa
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

begitulah aku
begitulah diri aku
beginilah kehidupan aku
dan
kubuang jauh kisah silamku .

Wednesday, 8 May 2013

Jangan salah faham



Alangkah manis nya apabila datangnya satu ketika yang singkat itu apabila kau aku tersenyum dan merasa tenang walau ia cuma dalam jangka masa singkat , sementara . menghargainya dengan semua kesederhanaan , yang nasib baik ada , yang sekurang kurang nya ada . sesingkat mana mau pun sekecil mana pun . perasaan sawan sensasi yang dialami walau ia dialami hanya sebesar kuman dan sesuku saat detiknya , itulah kebahagiaan harini . seorang manusia yang sedang menghayati happiness .

Aku kau masih ingat ketika ulang tahun yang pertama . hari dahulu , dahulu . . . dulu .

yang paling tidak sempurna , tetapi yang paaaling manis dan diingati . di dalam bilik berbekalkan bantal dikaki , air berkarbonat dalam gelas kertas , hanya dalam berpijama , asyik karang biat biat kebahagian untuk tatapan sang kucinta . selamat ulang tahun yang ke blablablaaa . ahaha . mata musykil sedang memerhati dan mereka berdua , bahagia tak ingat dunia . masa tuu jarak terpisah jauh memisahkan mereka . tanpa dia dan ada disisi , walaupun untuk sehari . rindu merapat  .

*sebenar benarnya aku tak minat sangat cerita cerita asmara . yang aku mengarut tulis pakai hentam keromo je . aku sabar je ni .

Wednesday, 1 May 2013

matang dalam soal bercinta . How ?


Assalamualaikum . salam sejahtera . ehehe nak kongsi kat entry aku sikit . kau kau yang ada tersinggah di blog aku , dialu alu kan skodeng mane yang patut untuk dijadikan tatapan . harap berhasil laa perubahan dari ape yang aku nak ulaskan lebih detail . pertama kali nya , pembuka kata yang terkandung . 

umur bukan penentu kematangan . usaha dan cara kau berfikir yang boleh menentukan yang kau tuu matang ke tak , sama ade dengan cara kau usaha nak membangkitkan kematangan kau mempertingkatkan kualiti kematangan kau . walaupun umur kau baru menjengah lingkungan 15 tahun dan sekutu sekutunya , kau termasuklah aku sepatutnya dah mula merancang bagi nak mempertingkatkan lagi kematangan dalam kau mau pun dalam alam bercinta .

 tapi untuk pandangan aku lebih banyak kaum belia sekarang lebih suka kalau di sentuh isu isu berkenaan cinta . haahh *first impression . bagaimanakah untuk menjadi seseorang yang matang dalam bercinta ? banyak aku baca dari blog blog yang menerima emel daripada pembaca pembaca mereka meminta tips berkenaan macam mana cara terbaek lahh dikatakan nak menjadi seorang yang matang dalam bercinta . oleh itu entry aku kali ni , aku nak share sebanyak yang mungkin untuk bahan bacaan korang . *read more :)

6 tips menjadi matang dalam bercinta

#6 bergaul dengan golongan yang jauh lebih dewasa
kau tak akan matang sekiranya hanya nak berkawan dengan kawan yang sebaya dengan kau . keluarlah dari kepompong dan bergaullah dengan orang sekeliling yang berbeza level umur dengan kau . just ambil teladan yang baik daripada persahabatan kau dan tidak sombong untuk dengar pendapat dari orang lain .

#5 merubah gaya berSMS
elakkan dari bertanya soalan soalan menjemukan seperti "awak sudah makan ? , makan ape ?" atau aju soalan yang lagi ekstrem "ape name anak sulung perempuan kita nanti ?" . ahaha . *kemain cepat .

kalau bercinta monyet time sekolah dahulu bolehlah , waktu itu kau nak eja nama makwe/pakwe kau pun belum tentu tereja punye . inikan pula kau nak memahami maksud dan nilai *CINTA . haram jadah kau tak tahu , reti sebut I love You Sayang/Hubby/Baby bagai laa . tapi istilah disebalik ayat tuu kau sendiri tak boleh nak tafsir . ape cerr . tapi lain laa budak zaman sekarang makin kedepan , semua cinta taraf high class you ! zaman dulu dulu takde laa sampai tahap sekarang . ahahaii jaoh panggang daripada bara .

#4 belajar daripada pengalaman
orang orang tua dulu pernah kata "pengalaman mematang dan mendewasakan kita" . ya , agree sesangat ! setiap orang sah sah pernah mengalami pengalaman hidup even berbeza . tapi cuba perbaiki diri kau yang dulu nya seorang yang terlalu mesra alam tak tentu hala , buat ikut suka hati , turutkan nafsu yang haram kejadah kau seludup masuk ke dalam hidop kau etc , dan kau berubah untuk menjadi sang pencinta yang terbaik .

#3 elakkan daripada bercinta 24 jam ! *terasa aku
yeahh ! bukan kau seorang saja yang dilamun cinta , dan jangan disebabkan cinta , tanggungjawab kau sendiri diabaikan . kau bukan lagi diperingkat sekolah rendah . *ingat yana ! . tanggungjawab meningkat selaras dengan peningkatan usia . kalau dulunya , time kau ke universiti nak belajar tanpa nak fikir soal kerja dan duit . but how , kau juga untuk diri aku , yang sudah menginjak ke alam dewasa . banyak tanggungjawab terbeban di atas bahu kau . sesekali nak ambil mase untuk berSMS dengan sidia time lunch time time free ke tak salah cuma bukan 24 jam berSMS .

#2 tahu yang mana serius dan yang mana gurauan
mungkin sering terbawa bawa dengan perangai dan sikap semasa kecil , nak sentiasa inginkan gelak bergembira sampai laa ke dalam alam bercinta . yes , tidak dinafikan semua orang nak kan keceriaan gelak tawa dalam perhubungan tetapi sebelum tuu kau perlu jaga batas batas die . kau patut tahu yang ada masanya untuk kau bergembira dan ada juga masa untuk kau menjadi lebih serius dalam bercinta .

#1 ubah penampilan diri . *cuba dan jangan terlalu memaksa
kalau dahulu , kau mungkin tak mengendahkan cara penampilan kau setiap kali kau keluar bersama terutamanya lelaki laa . dengan pakai tshirt round-neck yang bergambar hantu jembalang ditambah dengan jeans yang berkoyak rabak bahagian lutut nya . oh damn , kau memang nampak tersangat lah selekeh di mata orang ramai terutama sekali depan pasangan kau sendiri . ahaha terima je laa .

boleh disimpulkan sebagai *maturity is a matter of time . tak perlu terlalu memaksa malahan nak mendesak untuk menjadi dewasa , insyaallah ia akan datang sendiri daripada pembelajaran dan juga pengalaman hidup yang kau alami sendiri .

sekian . terima kasih . assalamualaikum :)

Thursday, 25 April 2013

Tuju pada punca yang salah


Assalamualaikum wbt.
Terduga lagi , hampir setiap hari . paling berat dan sangat berat , nak mintak perubahan malah cacian yang di balas . tapi takpe , masih lagi boleh bersabar . tapi , tak boleh dibiar , makin dibiar makin parah . memang semakin parah , puncanya macam dah jumpa tapi tak boleh nak tuju pada punca yang salah je . gali lagi , cari lagi , korek lagi . sebab ape ? akibat kekangan berubah dalam sekelip mata , mendadak siakk . yang baru kenal pun dah mula perasan lagikan yang dah lama kenal . moga moga dibuka kan hati , sedar salah silap masing masing . tanya samada salah aku kah yang mengatur langkah atau salah dia dalam merancang ? 

Wednesday, 24 April 2013

Alam Praktikal

Nice day today . Happy and bersemangat gituu . ehehe . Takde lah sampai terlompat lompat . Cukuplah sekadar , Alhamdulillah . Aku , kawan aku Alia sampai je dekat office tempat LI kitaorang sharp 8 a.m , juruteknik pom entah kemana , bukak pintu terus je switch on computer duduk sekejap type passward on twitter facebook . Wahh sungguh berDedikasi gituu . ahaha >.<

Tapi bukan itu yang aku menunggu dan ditunggu tunggu . Yang ditunggu tunggu tak juga kunjung tiba . Tiga minggu berlalu untuk latihan industri di bahagian unit perancangan . Alhamdulillah . cepat je mase berlalu . Oke nak di jadi kan cerita , ape yang aku nak celoteh nim takde berkait rapat dengan tajuk asal pon , tapi sebab tiba tiba ada feel nak karang panjang panjang . Aku nak cerita lah serba sedikit dengan ape yang berkait nya LI dengan aku . Aku praktikal di Batu Pahat , dalam area u aku je . Kenapa ? ada sebab sebab yang tak boleh dielakkan , aku masih lagi setia di Uthm . ahaha . 

Aku mulakan latihan industri aku dalam tempoh 10minggu , sekejap je . Dalam short semester , 1/4/13 until 7/6/13 . Kire kire 2bulan setengah je . So disini Pejabat Pembangunan & Pengurusan Hartabina UTHM , aku ditempat kan dibahagian unit perancangan untuk minggu pertama hingga ke tiga , dan akan di serap ke unit yang lain untuk meneruskan agenda agenda yang seterusnya . Nak kata excited tuu , tak tau laa . ada laa kot sikit , mungkin sebab ni first time dalam bidang kerja walau pun hanya untuk latihan praktikal . Almaklum lah , pengalaman tu takde , aku pon jenis senyap , nak bercakap tu susah sikit . mungkin itu susah bagi aku . Tak tahu lah boleh bertahan sampai bila .



So , gambar yang anda lihat diatas , Buku Log Latihan Industri yang di bekalkan PHI , buku yang boleh dikatakan sebagai diari harian sepanjang terlibat dalam latihan perindustrian . Apa yang telah dibuat harini esok dan seterusnya , semua tercatit dalam buku tersebut . (skema je) . ahaha . Jadi memandangkan aku as student of civil engineering tak sabar sabar nak tunggu hari hari keesokkan dan hari hari yang seterusnya ahaaa walau aku tahu aku tak cukup bersedia untuk jalani latihan yang seterusnya . ahaha *kemain . So later ape ape info insyaallah hari mendatang kalau rajin , tak malas malas aku usaha untuk mengupdate kan status status blog aku yang seterusnya . That all serba sedikit yang aku sempat untuk dikongsi di tonton bersama . Gambar terakhir . ehehe . Assalamualaikum . Terima Kasih .


muka budak praktikal . #PPH